Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Gadis Ini Tidak Mahu Bela Anak Kerana iPhone 5



Inilah antara salah satu masalah paling teruk dalam kehidupan sejagat. iPhone 5 lebih penting daripada anak sendiri. Adakah taraf anak lebih rendah daripada iPhone 5?

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan perkara seperti di atas.

Walaupun bukan Islam, seharusnya ia sendiri boleh memahami naluri manusia. Apakah agaknya reaksi gadis ini apabila dia juga diperlakukan seperti itu? 
Read More..

Sabtu, 01 Februari 2014

Gadis 16 tahun lahir anak tanpa ayah dalam bilik


MARANG – Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.

Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.

Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.

“Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal,” katanya ketika ditemui di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.

Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.

Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Budak Ditembak Mati Adalah Anak Pengganas


Budak Ditembak Mati Adalah Anak Pengganas

Lahad Datu: Polis mengesahkan budak lelaki berusia 13 tahun yang mati tertembak dan bapanya cedera ketika operasi mencari dan menggeledah di kawasan belukar di Kampung Sungai Bilis beberapa hari lalu, mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu. 

Bapa budak berkenaan yang berusia 35 tahun itu masih dirawat di Hospital Lahad Datu dan akan ditahan selepas dibenarkan keluar wad, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. 

Mereka ditembak ketika pasukan keselamatan sedang memeriksa beberapa orang yang disyaki ada kaitan dengan pengganas apabila terlihat pergerakan di kawasan berhampiran. 

Selepas memeriksa kawasan itu, pasukan keselamatan menemui lelaki berkenaan yang cedera dan budak yang meninggal dunia. 

Filipina tahan dua bot 

Ismail berkata, polis akan mendapatkan kerjasama Filipina berhubung laporan pihak berkuasa negara itu menahan dua bot dinaiki 35 orang bersenjata di Tawi-Tawi, dipercayai dalam pelayaran ke Lahad Datu. 

Katanya, pasukan keselamatan Malaysia belum dimaklumkan mengenainya tetapi maklumat lanjut akan diperoleh daripada pihak berkuasa Filipina. 
Kita akan siasat dan dapatkan maklumat pihak berkuasa sana (Filipina), katanya selepas sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam. 

Media Filipina www.philstar.com dipetik melaporkan Tentera Laut Filipina memintas 35 pengikut Jamalul Kiram III yang menaiki dua bot di perairan Tawi-Tawi, dipercayai ke Lahad Datu, jam 6.30 pagi waktu tempatan. 

Jurucakap tentera berkenaan, Leftenan Komander Gregory Fabic, dilaporkan berkata bot itu ditahan berhampiran bandar Andoligan. Turut dirampas beberapa senjata api dan bahan letupan. 

Pos kawalan 


Sementara itu, Ismail berkata, polis akan menyusun semula pola penempatan pos kawalan di jalan yang dipercayai digunakan pengganas bagi memastikan mereka tidak dapat meloloskan diri. 

Saya sudah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah (Datuk Hamza Taib) mencari lokasi strategik untuk membina pos kawalan di jalan digunakan pengganas Sulu dan pos di pesisir pantai, katanya. 

Penyusunan semula itu penting bagi meningkatkan keyakinan masyarakat mengenai keselamatan mereka. 

Katanya, polis juga akan menyusun semula penggunaan pegawai dan anggota pelbagai cawangan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam di negeri ini.
Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Anak Pakai Baju Raya Pada Hari Kejadian – Datuk Dr Hasmiza

Anak Pakai Baju Raya Pada Hari Kejadian - Datuk Dr. Hasmiza

IPOH – “Pukul 2 petang sebelum saya pergi ke Pulau Pinang pada hari kejadian, anak-anak saya dah pakai baju raya,” kata pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hasmiza Othman.
Mengenang kembali saat-saat akhir bersama dua anak lelakinya yang maut dalam kebakaran dua hari lepas, Dr Hasmiza berkata anak-anaknya masih memakai baju berkenaan ketika kebakaran itu.
Dalam kejadian melibatkan rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya pada 9 malam, Sabtu lepas tiga maut termasuk dua anak Dr Hasmiza, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.
Muhammad Eddie dan Muhammad Eddry adalah anak pertama dan kedua dari empat beradik.
Dua lagi pekerja yang berada dalam rumah itu ketika kejadian, Khairul Anuar Abu Bakar, 32, dan Rofie Ismail, 31, berjaya menyelamatkan diri.
Dr Hasmiza berkata ketika kejadian beliau berada di Pulau Pinang atas satu urusan dan menerima panggilan telefon pada 9.10 malam, yang memaklumkan rumahnya terbakar.
pix_gal4
“Saya tanya, rumah mana? Mereka jawab rumah pekerja. Meraka kata anak ada dalam rumah tu. Sesuatu yang mengejutkan kerana anak saya tidak pernah pergi ke situ.
“Setiap malam mereka akan menunaikan solat Tarawih tapi malam tu tak pergi Tarawih, saya akur mungkin ajal sudah memanggil mereka sebab dah tiga kali nak lari keluar (dari rumah semasa kebakaran) tapi tidak keluar.
“Sebagai contoh, mereka dengar api, mereka turun ke tingkat bawah, tetapi kemudian naik semula ke tingkat atas, pekerja saya Khairul dah dukung dan pegang anak-anak saya, tapi Syamil kata dia tak boleh bernafas dan masuk ke bilik air, anak-anak saya meronta-ronta nak ikut Syamil, padahal bukan rapat sangat dengan Syamil,” kata beliau yang tidak dapat menahan sebak sepanjang sidang akhbar di kediamannya di sini, Isnin.
Dr Hasmiza berkata beliau difahamkan ada pekerja yang mengajak anak-anaknya ke rumah berkenaan sementara menunggu kepulangannya dari Pulau Pinang sebelum mereka ke rumah anak yatim berhampiran untuk menyampaikan sumbangan.
Rumah kediaman pekerja berkenaan hanya terletak beberapa meter dari rumah keluarga Dr Hasmiza dan pejabatnya.
Menyifatkan Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie sebagai anak yang soleh, beliau berkata mereka tidak pernah meninggalkan solat serta gemar membaca Al-Quran.
“Saya nak hantar mereka ke sekolah tahfiz tapi saya kata sebelum saya hantar, saya nak ajar puas-puas dulu supaya mereka dah pandai, dan cikgu perlu ajar sikit-sikit sahaja,” katanya sambil menceritakan ketika pulang ke rumah pada malam kejadian, sejadah yang digunakan anaknya masih terbentang sedangkan kebiasaannya mereka akan lipat sejadah itu selepas solat.
Meskipun Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie telah meninggalkannya pada usia muda, beliau berpuas hati kerana banyak meluangkan masa bersama serta memberi pendidikan dunia dan akhirat kepada mereka. “Saya juga tak rasa menyesal tidak tengok mayat anak-anak saya. Saya rasa cukuplah saya dah tengok mereka dalam keadaan memakai baju raya petang itu,” katanya.
Usahawan wanita itu juga berkata beliau sudah melihat sebahagian rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan akan menyerahkannya kepada pihak bomba selepas melihat keseluruhan rakaman itu.
Pada sidang media itu, Dr Hasmiza turut menunjukkan dua jam tangan yang dipakai kedua-dua anaknya ketika kejadian, dan beliau percaya mereka meninggal dunia akibat sesak nafas berikutan asap tebal kerana jam tangan berkenaan masih dalam keadaaan baik.
Beliau juga menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada mercun kerana ketika kejadian, anak-anaknya sedang bermain permainan video di tingkat atas rumah berkenaan. – BERNAMA
Read More..