Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Senin, 30 Desember 2013
Kampung Sudah Selamat – Boleh Pulang
Kira-kira 1,000 penduduk kampung Kembara Sakti kembali ke rumah masing-masing selepas pasukan keselamatan memberi jaminan bahawa kawasan perkampungan mereka selamat.Jaminan itu diberi Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melawat kawasan itu hari ini dan menjelaskan kepada penduduk terlibat bahawa dakwaan terdapat anggota militan memasuki kampung itu adalah tidak benar.Beliau berkata penduduk mungkin tidak mendapat maklumat sebenar dan terus salah sangka serta menyampaikan cerita kepada penduduk lain.“Itulah tujuan saya datang ke sini untuk beritahu keadaan selamat. Apa jua khabar angin yang disebarkan itu tidak benar.“Baliklah. Kami (pasukan keselamatan) ada di sini kan. Jangan takut, tiada apa-apa,” katanya dalam dialek Sabah bagi memujuk mereka pulang dan beliau turut memberi jaminan akan menempatkan anggota keselamatan di kawasan itu. Pengumuman Khalid itu disambut gembira dan penuh kesyukuran oleh penduduk kampung yang berpindah ke Sekolah Agama Rakyat sebagai langkah keselamatan apabila mendengar cerita seorang suri rumah diikat kedua-dua tangan dan kaki oleh empat anggota pengganas yang memasuki rumahnya untuk mencari makanan.Rata-rata penduduk menjerit gembira sambil memeluk anggota keluarga dan rakan-rakan dan antara ungkapan yang boleh didengar ialah “syukur boleh pulang, “kami boleh mandi”, “inilah yang ditunggu-tunggu”.Sementara itu Pengurus Felda Sahabat 43 dan ketua kampung Kembara Sakti Ramlan Junit berkata penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing kira-kira pukul 2 petang.Mereka turut diminta mendengar arahan yang diberi dalam mengekalkan keamanan di kawasan itu, katanya.Seorang penduduk Amir Abdul Hamid, 50, berkata penduduk yang sebelum ini enggan pulang ke rumah kerana takut, kini bersemangat dan lebih yakin apabila orang penting dalam pasukan keselamatan sendiri membuat pengumuman di hadapan mereka.
-Bernama
-Bernama
Rabu, 18 Desember 2013
Saya Tak Buat Duit – Ning Baizura

Selesai sudah melancarkan harumannya yang diberi nama NING minggu lalu, di ketika ini diva Ning Baizura sedang sibuk membuat persiapan Konsert Pelangi Untukmu yang akan berlangsung 21 September ke 16 November depan. Kembali mempersiapkan diri dan mengetepikan segala andaian negatif mengenai penangguhan konsert itu, kata Ning dia kini sudah bersedia untuk beraksi.
Kesempatan bertemu tuan empunya badan baru-baru ini, Ning ternyata begitu teruja berkongsi serba sedikit mengenai persiapan persembahannya nanti.
Katanya, dia kembali mempersiapkan diri dan mengetepikan segala andaian negatif mengenai penangguhan konsert itu. Menjanjikan sesuatu yang luarbiasa dan terbaik, konsert kali ini cukup istimewa kerana dia bukan saja akan memberikan satu persembahan hebat malah dia mahu lebih intim dengan peminat-peminatnya.
Dalam pada itu Ning menegaskan, pihaknya langsung tidak mengambil untung atas penjualan tiket berharga RM50 dan RM75 untuk konsert yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen TM itu, sebaliknya hasil kutipan tiket akan digunakan untuk membayar kos teknikal sahaja.
“Konsert saya kali ni memang tak buat duit langsung. Tapi saya dedikasikan untuk peminat-peminat saya. Sebab itu kita hanya kenakan harga tiket yang saya kira murah namun saya janjikan persempabahan yang terbaik untuk mereka.
“Dimensi pentasnya nanti 360 darjah sekaligus memberi peluang kepada saya lebih rapat dan berinteraksi dengan peminat-peminat saya. Di mana-mana posisi pun mereka duduk, mereka masih boleh menyaksikan saya membuat persembahan tanpa halangan.
“Malah, dua minggu sebelum konsert saya akan mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi Sharif untuk melatih dan mencari kembali kekuatan vokal saya selepas dua tahun beraksi di pentas konsert besar,” katanya ketika di temui pada pelancaran wangiannya, NING, di ibu kota baru-baru ini.
Selain itu ibu kepada Ryan Sky Dalton ni memberitahu dia kini dalam proses menguruskan badan dan mengumpul stamina untuk
“Ada enam minggu lagi menjelang konsert, saya kini dalam proses menguruskan badan dan setiap hari akan ke gimnasium selama dua jam untuk mendapatkan bentuk badan yang saya inginkan.
“Selain itu, saya perlu lebih peka dan menjaga pemakanan dan sudah pasti diet ibu saya yang mengamalkan pengambilan sayuran menjadi panduan” ujarnya.
Konsert Pelangi Untukmu terbahagi kepada 3 segmen. Segmen pertama menggambarkan perjalanan Ning sebagai seorang penyanyi, anak, isteri dan juga ibu. Segmen kedua pula bercerota tentang dia dan anaknya, Ryan. Segmen terakhir berkisar kenangan lagu-lagu lama.
Tidak cukup dengan itu, Ning bakal menyanyikan kembali beberapa buah koleksi lagu lamanya yang akan diberikan nafas baharu yang sengaja dibikin khas bersama tiga buah lagu baharu untuk dimuatkan dalam album terbaharu berjudul Kekal.
“Sempena Konsert Pelangi Untukmu juga, saya telah menyiapkan sebuah album terbaharu, judulnya Kekal yang memuatkan 10 buah lagu-lagu lama saya serta tiga buah lagu baharu.
“Tiga buah lagu baharu itu, Bukan Wanita Sempurna, Pelangi Untukmu dan Embunan Bersinar digubah oleh Alvin Santiago serta komposer Indonesia, Ade Govinda”, terangnya. – Malaysian Digest
Senin, 16 Desember 2013
Anak Pakai Baju Raya Pada Hari Kejadian – Datuk Dr Hasmiza
IPOH – “Pukul 2 petang sebelum saya pergi ke Pulau Pinang pada hari kejadian, anak-anak saya dah pakai baju raya,” kata pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hasmiza Othman.
Mengenang kembali saat-saat akhir bersama dua anak lelakinya yang maut dalam kebakaran dua hari lepas, Dr Hasmiza berkata anak-anaknya masih memakai baju berkenaan ketika kebakaran itu.
Dalam kejadian melibatkan rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya pada 9 malam, Sabtu lepas tiga maut termasuk dua anak Dr Hasmiza, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.
Muhammad Eddie dan Muhammad Eddry adalah anak pertama dan kedua dari empat beradik.
Dua lagi pekerja yang berada dalam rumah itu ketika kejadian, Khairul Anuar Abu Bakar, 32, dan Rofie Ismail, 31, berjaya menyelamatkan diri.
Dr Hasmiza berkata ketika kejadian beliau berada di Pulau Pinang atas satu urusan dan menerima panggilan telefon pada 9.10 malam, yang memaklumkan rumahnya terbakar.
“Saya tanya, rumah mana? Mereka jawab rumah pekerja. Meraka kata anak ada dalam rumah tu. Sesuatu yang mengejutkan kerana anak saya tidak pernah pergi ke situ.
“Setiap malam mereka akan menunaikan solat Tarawih tapi malam tu tak pergi Tarawih, saya akur mungkin ajal sudah memanggil mereka sebab dah tiga kali nak lari keluar (dari rumah semasa kebakaran) tapi tidak keluar.
“Sebagai contoh, mereka dengar api, mereka turun ke tingkat bawah, tetapi kemudian naik semula ke tingkat atas, pekerja saya Khairul dah dukung dan pegang anak-anak saya, tapi Syamil kata dia tak boleh bernafas dan masuk ke bilik air, anak-anak saya meronta-ronta nak ikut Syamil, padahal bukan rapat sangat dengan Syamil,” kata beliau yang tidak dapat menahan sebak sepanjang sidang akhbar di kediamannya di sini, Isnin.
Dr Hasmiza berkata beliau difahamkan ada pekerja yang mengajak anak-anaknya ke rumah berkenaan sementara menunggu kepulangannya dari Pulau Pinang sebelum mereka ke rumah anak yatim berhampiran untuk menyampaikan sumbangan.
Rumah kediaman pekerja berkenaan hanya terletak beberapa meter dari rumah keluarga Dr Hasmiza dan pejabatnya.
Menyifatkan Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie sebagai anak yang soleh, beliau berkata mereka tidak pernah meninggalkan solat serta gemar membaca Al-Quran.
“Saya nak hantar mereka ke sekolah tahfiz tapi saya kata sebelum saya hantar, saya nak ajar puas-puas dulu supaya mereka dah pandai, dan cikgu perlu ajar sikit-sikit sahaja,” katanya sambil menceritakan ketika pulang ke rumah pada malam kejadian, sejadah yang digunakan anaknya masih terbentang sedangkan kebiasaannya mereka akan lipat sejadah itu selepas solat.
Meskipun Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie telah meninggalkannya pada usia muda, beliau berpuas hati kerana banyak meluangkan masa bersama serta memberi pendidikan dunia dan akhirat kepada mereka. “Saya juga tak rasa menyesal tidak tengok mayat anak-anak saya. Saya rasa cukuplah saya dah tengok mereka dalam keadaan memakai baju raya petang itu,” katanya.
Usahawan wanita itu juga berkata beliau sudah melihat sebahagian rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan akan menyerahkannya kepada pihak bomba selepas melihat keseluruhan rakaman itu.
Pada sidang media itu, Dr Hasmiza turut menunjukkan dua jam tangan yang dipakai kedua-dua anaknya ketika kejadian, dan beliau percaya mereka meninggal dunia akibat sesak nafas berikutan asap tebal kerana jam tangan berkenaan masih dalam keadaaan baik.
Beliau juga menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada mercun kerana ketika kejadian, anak-anaknya sedang bermain permainan video di tingkat atas rumah berkenaan. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)