Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Minggu, 22 Desember 2013
Wajah Para Selebriti Hollywood Ketika Menjadi Tahanan Polis Gambar

Russell Brand
Rick Springfield
Jaime Pressly ditahan kerana mememandu kendaraan ketika mabuk.
Nicole Richie
Kid Rock
Personel band metal Motley Crue, Vince Neil
Mel Gibson saat ditahan di pejabat polis El Segundo.
Brooke Mueller ditahan oleh polis Aspen.
Aktor Ryan ONeal saat ditahan bersama dengan anaknya.
Snopp Dogg
O.J. Simpson ditahan di polis Metropolitan Las Vegas.
Nicolas Cage
Produser muzik Phil Spector
Aktor Charlie Sheen ditahan atas tuduhan aksi kekerasan.
Lindsay Lohan ketika di tahan polis Los Angeles.
Aktor Nick Nolte saat ditahan sebagai suspekdi Malibu.
Jame Brown ketika berurusan dengan polis di Aiken County, South Carolina.
Paris Hilton tetap senyum meski dirinya sedang berurusan dengan polis.
Robert Downey Jr.
Aktor Kiefer Sutherland
Aktris Heather Locklear ditahan di pejabat polisSanta Barbara
Aktris Mischa Barton
Howard K. Stem, pendamping Anna Nicole Smith.
Chace Crawford
Floyd Mayweather Jr.
Michael Jackson
Sabtu, 21 Desember 2013
CULIK Polis Buru Dua Suspek Kenalan Keluarga Mangsa

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu dua suspek berusia 30-an masing-masing seorang lelaki dan wanita yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak lelaki warga Britain, berusia setahun lapan bulan di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah percaya kedua-dua suspek itu dikenali keluarga kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti identiti kedua-dua suspek sama ada mereka warga tempatan atau asing.
“Kita percaya kes ini tiada kaitan dengan meminta wang tebusan, mungkin ada motif lain dan kita sedang siasat,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Pantai.
Dalam kejadian pukul 6.10 petang semalam, kanak-kanak itu Freddie Joseph dipercayai diculik ketika kanak-kanak itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka di Jalan Terasik 7, Bangsar.
Bagaimanapun kanak-kanak tersebut telah dijumpai orang awam di Taman Tasik Titiwangsa, kira-kira 12.20 tengah hari tadi dalam keadaan keletihan.
Mengulas lanjut mengenai penemuan kanak-kanak tersebut, Chin Wah berkata kanak-kanak tersebut akan dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada ibunya.
Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Taman Tasik Titiwangsa bagi mengesan waktu suspek meninggalkan kanak-kanak itu.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menyalurkannya di balai berdekatan bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. – Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)