Rabu, 01 Januari 2014

Pekerja Kafe Siber Ditemui Mati Ditikam


MELAKA TENGAH – Seorang pekerja kafe siber ditemui mati ditikam di Taman Limbongan Permai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa Goh Meng Yee, 23, dipercayai ditikam oleh teman lelakinya selepas berlaku pergaduhan di antara mereka.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati selepas menikam mangsa suspek berusia 23 tahun itu dipercayai bertindak menikam diri sendiri.

“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian dengan kesan tikaman di perut dan satu pisau rambo turut ditemui bersebelahan mangsa.

“Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dan akan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BH Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar