Tampilkan postingan dengan label ustaz. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ustaz. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Maret 2014
Petisyen BN kelakar kata Ustaz Azhar idrus
16/06/13
KUALA TERENGGANU – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.
Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.
“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.
Tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.
Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.
“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.
Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya.
Batu vs Kayu
Sabtu, 21 Desember 2013
Ustaz Kazim Sindir Remaja Masuk Villa Nabila

NAMPAKNYA isu remaja yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas masuk ke ‘rumah berhantu’ Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru turut mendapat perhatian penceramah terkenal tanahair, Ustaz Kazim Elias.
Biarpun remaja yang ‘hilang’ itu sudah ditemui bersama teman wanitanya di sebuah flat, ia tetap mengundang persoalan, apa relevannya dia dan lebih 20 rakannya masuk ke dalam banglo terbiar itu?
Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kumpulan remaja ini bertindak sedemikian selepas terpengaruh dengan filem Highland Tower yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ini.
Kononnya, mereka mahu merasai sendiri pengalaman berada di tempat ‘keras’ secara berkumpulan.
Bagaimanapun, melalui akaun Twitternya, Ustaz Kazim mengemaskini statusnya berkaitan perkara itu yang berbunyi:

Bagi kami, ini memang baik punya sindir! Iyalah, daripada sibuk mencari keseronokan di tempat yang tak berfaedah, bukankah banyak masjid dan surau yang boleh dikunjungi?
Ini tidak, sengaja menempah masalah. Biarpun bukan Villa Nabila yang punya angkara, tapi akibatnya tetap memalukan remaja itu sendiri. Lebih parah lagi, nama keluarga pun terpalit lumpur sekali.
Oleh: ELZA
Langganan:
Postingan (Atom)