Tampilkan postingan dengan label penerbit. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label penerbit. Tampilkan semua postingan
Rabu, 25 Desember 2013
Bekas penerbit rancangan Ikim fm umum sertai PAS
| Harakahdaily, | 17 Mac 2013 |
Ustaz Zamri berucap pada majlis ceramah malam tadi.
GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.
Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).
Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.
“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.
Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.
Selasa, 24 Desember 2013
Penerbit Tayangan Unggul Gayatri Su Lin Pillai Mengaku Cintakan Zul Ariffin
Rata-rata ramai peminat seni hiburan tempatan sudah mengetahui kisah percintaan di antara pelakon Zul Ariffin, 27 dan penerbit syarikat produksi Tayangan Unggul, Gayatri Su Lin Pillai.
Sebelum ini kita hanya mendengar kenyataan daripada pihak si jejaka saja, kali ini kita dengar pula komen Gayatri mengenai kisah cintanya ini.
Menerusi Buahmulut.com, Gayatri mengakui perasaan cintanya kepada pelakon muda itu.
“Ya saya akui Zul Ariffin memang kekasih saya, tak ada apa yang perlu saya sorokkan lagi. Lagipun apa yang saya tahu hal ini peminat pun dah tahu. Walaupun saya dan Zul berada dalam industri yang sama tapi kami profesional apabila melibatkan soal kerja,” katanya.
Sementara itu, faktor usianya yang lebih tua daripada Zul juga tidak menjadi penghalang buat cinta yang sudah disemai mereka sejak Mei tahun lalu itu.
“Saya tidak melihat perbezaan usia antara saya dengan Zul sebagai satu penghalang yang besar untuk kami bercinta. Kalau dah jodoh nak buat macam mana. Lagipun sekarang memang ramai pasangan yang lelakinya lebih muda dari pasanganya, saya tidak melihat itu satu masalah yang besar,” jelasnya.
Zul Arifin sebelum ini merupakan bekas kekasih pelakon Abby Abadi, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan setelah masing-masing memutuskan untuk membawa haluan sendiri.
Semoga berbahagia selalu buat Zul dan Gayatri!
Oleh: JULIANA JOHAR
Langganan:
Postingan (Atom)