Tampilkan postingan dengan label meninggal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label meninggal. Tampilkan semua postingan
Kamis, 30 Januari 2014
TERKINI Al Fatihah Pelakon Veteran S Shamsuddin Meninggal Dunia
Pelakon komedi terkenal era 1950-an, seniman S Shamsuddin, 84, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.56 pagi tadi akibat sakit tua dan jangkitan paru-paru berair.
Mengikut laporan Bernama, perkara ini disahkan oleh anaknya sendiri, Noredah Shamsuddin kepada organisasi berita itu.
Allahyarham meninggal dunia pagi tadi di Hospital Alexendra dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.
Nama Allahyarham sememangnya tidak asing dengan filem arahan Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok bergandingan bersama seorang lagi artis veteran terkenal iaitu Datuk Aziz Sattar.
Pemergian Allahyarham pastinya merupakan satu kehilangan yang besar pada dunia seni tanah air dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Takziah diucapkan buat semua ahli keluarga pelakon komedi ini. Al-Fatihah.
Oleh: AUDREY LEE
Senin, 23 Desember 2013
Adun Merlimau meninggal dunia

JASIN - Adun Merlimau, Roslan Ahmad tidak mudah melatah dengan penyebaran khabar angin bahawa dirinya meninggal dunia dalam beberapa blog termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau menganggap dengan tersebarnya berita palsu itu orang ramai memang prihatin terhadap kesihatan dirinya.
"Saya hanya mengetahui penyebaran berita itu sejak semalam dan telah dihubungi beberapa orang untuk mendapatkan kepastian.
“Sebenarnya, berita kematian itu adalah Adun Merlimau sebelum ini, Allahyarham Datuk Hidhir Abu Hassan. Jika orang tak baca habis berita itu dan hanya baca tajuknya sahaja, itu yang timbul salah faham," katanya.
Roslan bagaimanapun berkata, dia tidak akan mengambil tindakan kepada pihak menyebarkan berita tersebut, sebaliknya mahu menumpukan aktiviti seharian sebagai Adun.
Allahyarham Mohamad Hidhir meninggal pada 20 Januari 2011 di Hospital Pakar Putra, akibat sakit jantung ketika berusia 54 tahun.
Langganan:
Postingan (Atom)