Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
Bayi ‘Gergasi’ 6 1 Kilogram Pecah Rekod Dunia Dilahirkan Secara Normal
BERLIN – Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.
Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.
Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.
Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.
George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.
Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.
“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.
“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.
Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.
Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. – Agensi
Senin, 30 Desember 2013
Tarikh Lahir Bayi Yang Cantik
Iowa – Buat pertama kali dalam sejarah, seorang bayi telah dilahirkan dengan mengikut turutan nombor yang cantik.
Apa tidaknya, Laila Fitzgerald yang dilahirkan di hospital di Des Moines, mempunyai kaitan rapat dengan nombor 8-9-10-11-12-13-14.
Laila, lahir dengan berat 8 paun, 9 auns dan dilahirkan pada tarikh 10/11/12 pada pukul 13.14 petang.
Abangya, Jackson pula lahir pada 10 September 2011 dan dibaca sebagai 9/10/11.
Pada mulanya, ibu Laila, Katie Deremiah, 26, dimaklumkan tarikh dia dijangka bersalin adalah pada 19 oktober.
Namun, Selasa lalu, dia mula berasa sakit.
“Saya dapat rasakan bayi ini akan lahir dengan lebih awal namun semua selamat selepas Laila lahir secara normal,’’ katanya.
Tahun lepas, seorang lagi bayi, Dane Edwards yang lahir di Hospital Sarasota Memorial juga mempunyai nombor yang menarik.
Dane lahir pada 11 Januari 2011, pada pukul 11.11 malam di bilik bersalin bernombor 11.
Ia menjadikan nombor kelahirannya adalah 1-11-11-11-11-11.
Sama seperti Laila, Dane juga dijadualkan dilahirkan lebih lambat.
Dia sepatutnya lahir pada 18 Januari.
Langganan:
Postingan (Atom)